MASALAH kesuburan kini menjadi masalah pada ramai pasangan masa kini. Malah, kebanyakan pasangan baru berkahwin mengalami masalah ini, di mana mereka sukar mendapat zuriat. Namun, ia boleh berlaku kepada mereka yang lama berkahwin atau ada anak.
Ada yang takut membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor, sebab takut dipersalahkan. Terutamanya lelaki susah nak menerima hakikat jika mereka yang bermasalah. Betul ke?
Seorang wanita pernah memberitahu dia berusaha mendapatkan anak ketiga namun masih gagal selepas empat tahun mencuba. Ini menunjukkan ia boleh terjadi kepada sesiapa, tidak kira jika pada awalnya mereka ‘subur’ dan berjaya mendapatkan anak. Pendek kata, kesuburan manusia tidak kekal selama-lamanya. Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya berisiko menghadapi masalah ini.
Bagi lelaki, sperma dalam air mani boleh berkurangan atau tidak aktif selepas beberapa tahun meskipun sebelum itu ia aktif. Adakala, ada juga lelaki langsung tiada sperma selepas mempunyai dua atau tiga zuriat. Bagi lelaki yang ada masalah seperti ini, ia digelar kemandulan. Istilah ini digunakan bagi mereka yang tidak dapat menghasilkan benih atau sperma. Untuk suami yang mengalami masalah mandul selepas mempunyai anak, ia dipanggil masalah kemandulan sekunder, iaitu dia pernah subur tetapi kini tidak.
Mereka yang mengalami masalah ini perlu menjalani ujian air mani. Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan lebih komprehensif. Bagi pasangan yang mahu menambah cahaya mata, si suami terutamanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Merokok, obesiti dan malas bersenam hanya menambah masalah kesuburan. Merokok dikenal pasti boleh menyebab kemandulan lelaki.
Obesiti dan memakai pakaian dalam ketat membuatkan buah zakar terperangkap dalam lemak badan, maka dengan suhu badan tinggi, kilang sperma tidak dapat berfungsi dengan baik. Obesiti boleh menyebabkan tahap hormon testosterone menurun dan secara tidak langsung mengganggu proses penghasilan sperma.
Kepada lelaki yang mengalami masalah kesuburan sekunder, hentikan merokok dan jika ada masalah obesiti, turunkan berat badan serta guna pakaian dalam longgar. Bagaimanapun, jarang keradangan boleh berlaku kepada buah zakar akibat infeksi kuman virus seperti ‘begok’ atau ‘non-specific’. Namun, jika keradangan buah zakar ketara, kilang buah zakar boleh rosak dan ia tidak dapat menghasilkan sperma.
Vitamin Shaklee yang membantu Kesuburan Lelaki
Vitamin E Complex – Pengambilan Vitamin E disyorkan untuk kedua-dua pihak suami dan isteri. Umum mengetahui yang vitamin E merupakan anti-oksidan.
Anti-oksidan berfungsi untuk memelihara sel-sel tubuh daripada dirosakkan oleh radikal bebas yang mudah berkeliaran di dalam tubuh manusia. Perlu diingat, radikal bebas boleh merosakkan kualiti sperma dan ovum.
Vitamin E Shaklee yang kaya dengan Selenium pula membantu meningkatkan kualiti dan ‘sperm count’ serta mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Vitamin E pada kaum wanita penting untuk kesihatan rahim.
Selain daripada itu, Vitamin E yang terkenal dengan jolokan nama ‘vitamin cinta’ atau ‘vitamin seks’ ini sangat membantu memperbaiki tahap libido (keinginan seks) seseorang.
Zinc Complex – Disarankan pengambilan Zinc Complex ini untuk suami, terutamanya bagi tujuan kesuburan. Zinc Complex pula membantu menambah kualiti sperma suami dari segi bilangan sperma, motiliti dan ciri-ciri fizikal sperma. Kajian menunjukkan bahawa antara ciri-ciri sperma yang bagus ialah mempunyai kandungan zinc yang tinggi.
Ini kerana, zinc sendiri merupakan bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan bahagian luar dan ekor sperma yang kuat. Hanya sperma yang kuat dan berkualiti sahaja mampu menembusi segala rintangan untuk tiba kepada ovum.
Selain itu, zinc berperanan membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi kepada kaum lelaki, serta memainkan peranan dalam proses pembentukan genetik pada DNA, di samping fungsi asas zinc untuk meningkatkan sistem imun (melawan bakteria) di dalam tubuh.
_________________________________________________________________________________
Ingin membaca testimoni mereka yang berjaya hamil? click link di bawah!
Jika anda ingin membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit atau kad debit anda boleh terus membuat pembelian dengan menekan gambar di bawah tau!
Hubungi saya untuk tempahan atau konsultasi!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
Pengedar Shaklee Sungai Petani
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.