Sunday, April 21, 2013




Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atay 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

***************************************************************************************************

Aku dari zaman sebelum kahwin memang ada senggugut nie. Ingat dah beranak dua orang hilang lah. Tapi tak hilang juga. Tadi aku p juga klinik sebab nak MC. Tapi ubat aku pikir banyak kali nak makan. Sebab? Aku menyusu. Jadi apa yang aku buat tadi. Aku telan GLA Complex 1 biji. Ostematrix 2 biji. B kompleks 1 biji. Tuam dengan tungku elektrik. Sempat lelap sejam tadi. Bangun Alhamdulillah, dah tak sakit dah. So sekarang tak yah bergantung pada ubat dahla. Sebelum kahwin memang Ponstant peneman setia aku setiap bulan. Aku tahu tak elok, tapi kalau tak makan, aku boleh guling-guling dalam bilik tau!! Guling menahan sakit. huhuu...Tapi nak buat macam na, dulu mana kenal Shaklee lagi! hihi...





Berminat sila hubungi:
Sms/whatsapp: 019 5738234
Email: dinkygurlz@yahoo.com
Blog: https://ourlovebonding.blogspot.com/



0 yang gojes member komen!:

Post a Comment

Sila komen dan tinggalkan jejak anda di sini yea :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!